fbpx

KUSKOP rancang perkenal skim usahawan untuk graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (lima kiri) bersama Ismail Sabri (duduk tiga kiri) ketika Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Menteri KUSKOP di SACC, Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merancang untuk memperkenalkan skim usahawan bagi golongan graduan universiti tempatan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, ini susulan permintaan daripada beberapa universiti tempatan bagi memudahkan kemudahan graduan tersebut.

“Bila saya berjumpa dengan pentadbir beberapa universiti seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Utara Malaysia (UUM), mereka minta saya perkenalkan skim ini.

“Kita sudah ada skim untuk sektor informal, justeru saya berpendapat sudah tiba masanya kita merancang mewujudkan satu skim khusus untuk usahawan dalam kalangan siswazah,”,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Menteri KUSKOP di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, malam tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri kira-kira 10,000 jemputan.

Dalam pada itu, Noh mengakui terdapat usahawan dalam kalangan belia yang tidak mendapat pinjaman Tekun Nasional walaupun telah membuat permohonan.

“Insya-Allah, saya akan cuba memohon bajet supaya lebih ramai usahawan dalam kumpulan umur ini dapat dibantu.

“Apapun, peruntukan RM200 juta untuk usahawan informal sudah selesai diagihkan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI