fbpx

Prestige V sasar jualan cecah sehingga 20,000 kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahda Wellness mengunjurkan jualan untuk produk penjagaan kesihatan terbaharunya, Prestige V bakal mencecah sehingga 20,000 kotak pada tahun ini.

Pengasas syarikat, Dr. Hazlina Ali berkata, produk penjagaan kesihatan khusus untuk wanita yang lebih dikenali sebagai jamu moden itu telah terjual sebanyak 30,000 kotak sebelum ini.

Menurut beliau, produk ini  khusus untuk membantu kaum hawa menyelesaikan masalah kebiasaan wanita  dan membantu keseimbangan hormon wanita, mengekalkan kesihatan serta kecantikan semulajadi.

“Ia umpama kunci kepada kebahagiaan wanita terutama yang sudah berumah tangga dan bergelar ibu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Hazlina menambah, produk yang telah dilancarkan sejak dua tahun lalu itu dihasilkan daripada bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk keseimbangan hormon wanita.

Jelasnya, ia dikategorikan sebagai ‘superfood’, minuman serbuk botani campuran perisa blackcurrant, kacip fatimah, ekstrak herba manjakani dan EstroG-100.

Selain itu, tambah beliau, syarikat telah menganjurkan satu kempen yang menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM30,000 kepada pelanggan bertuah.

Menurutnya, kempen yang telah bermula sejak 7 Mei sehingga 7 Ogos ini adalah untuk menghargai kesetiaan pelanggan selama ini. -KOSMO! Online

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI