fbpx

Menteri Luar Singapura lawat Malaysia selama 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIVIAN Balakrishnan pernah mengadakan pertemuan dengan Saifuddin Abdullah di Putrajaya pada awal 2020 lalu. - Foto ihsan Kementerian Luar Singapura

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dijangka menerima kunjungan rakan sejawat dari Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan yang melawat negara ini mulai esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra, menteri luar republik tersebut akan mengadakan pertemuan bagi bertukar-tukar pandangan berkenaan pelbagai isu yang berkepentingan bersama.

“Lawatan dari 17 sehingga 19 Mei 2022 itu akan memberi peluang terbaik untuk Malaysia dan Singapura memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang,” katanya.

Kenyataan tersebut menambah, Vivian turut dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, beliau juga akan berjumpa Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah ditemuinya ketika lawatan kerja ke negara ini pada 23 Mac tahun lalu.

Tidak ketinggalan, beliau juga akan bertemu dengan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Mahiaddin Md. Yassin dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Untuk rekod, beliau pernah melawat negara ini pada 30 Januari 2020 lepas dan bertemu Saifuddin yang ketika itu merupakan menteri luar pentadbiran terdahulu selain beberapa menteri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI