fbpx

Luahan pembaca: Pastikan pemandu treler sebabkan kematian dapat hukuman berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki lima pelajar USAS yang rentung dalam kemalangan membabitkan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Khamis lalu.

Saudara pengarang,

Tragedi yang mengakibatkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak rentung Khamis lalu sangat meruntun hati.

Tidak dapat dibayangkan perasaan keluarga terutama ibu bapa apabila anak yang mereka harapkan untuk mengubah nasib pergi tanpa pesan pada usia muda kerana kesalahan orang lain.

Pemandu treler yang menyebabkan kemalangan itu seharusnya menerima hukuman berat kerana lima nyawa melayang dalam keadaan tragis di tangannya.

Saya pernah kehilangan adik akibat kemalangan pada waktu malam cuma tidak pasti hujung pangkal cerita kerana tiada saksi kukuh yang melihat kejadian itu.

Bukan sebulan dua kami berendam air mata ekoran nahas tersebut. Oleh sebab itu, saya amat memahami perasaan orang yang kehilangan ahli keluarga disebabkan oleh kesalahan orang lain ketika memandu.

Namun, dalam keghairahan kita menjadi orang pertama menyebarkan maklumat, saya minta orang ramai berhenti menularkan video kemalangan yang menunjukkan api marak membakar kereta dinaiki kelima-lima mangsa.

Sungguh pilu bagi keluarga untuk menerimanya dan saya sangat yakin mereka masih belum ada kekuatan untuk menonton bahan seperti itu.

Mungkin rakaman itu hanya berguna untuk pegawai penyiasat atau pihak berkuasa berkaitan jalan raya dan bukannya untuk tatapan orang awam.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga kelima-lima mangsa terbabit dan diharap supaya si pelaku mendapat hukuman yang setimpal dan berat atas perbuatan cuainya itu.

Gelap masa depan,
Cheras, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI