fbpx

Guru pilih kekal mengajar pada hari perkahwinan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Priye terus mengajar anak muridnya secara online pada pagi majlis perkahwinannya. - DNA India

NEW DELHI – Seorang guru di India mengambil keputusan untuk tidak bercuti semasa hari perkahwinannya dan terus mengajar semasa majlis berlangsung, lapor laman Gulf News, semalam.

Priye Kumar Gaurav, yang merupakan pemegang rekod dunia dalam mengajar kebanyakan pelajar secara online terus menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan membuat siaran langsung menerusi laman ‘Shiksha Rath’.

“Dia telah memaklumkan mengenai tarikh perkahwinannya sekitar lima bulan lalu.

“Biasanya, cuti selama empat ke lima hari diberikan, tetapi Priye berkata dia tidak mahu ketinggalan mana-mana kelas dan akan mengajar pada hari perkahwinannya juga,” kata salah seorang pihak berkuasa institut kejurulatihan, Nirmal.

Tidak lama selepas acara berinai pengantin perempuan pada malam sebelumnya, Priye mula bersiap untuk mengajar dalam kelas Hal Ehwal Semasa pada sebelah pagi.

Shiksha Rath, yang bermaksud Chariot of Education, adalah projek utama Touch India Trust, sebuah badan amal yang berpangkalan di New Delhi yang dimulakan pada 2003.

Ia adalah inisiatif jangka panjang berfokus tinggi yang menyediakan kelas selepas sekolah untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI