fbpx

Banjir kilat di Hulu Selangor, 20 buah rumah terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Kampung Jawa Kerling yang dinaiki air susulan hujan berterusan sejak pukul 12 tengah hari tadi.

HULU SELANGOR – Kira-kira 15 hingga 20 buah rumah terjejas akibat dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan lebih tiga jam bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang di Kampung Jawa Kerling, di sini hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.45 petang tadi.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama sebuah jentera serta bot dikejarkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba ketika menyelamatkan penduduk yang terjejas akibat banjir.

“Setibanya di lokasi, bomba telah menjalankan operasi pemindahan melibatkan seorang kanak-kanak dan dua mangsa dewasa ke tempat yang lebih selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, dianggarkan 15 hingga 20 buah rumah di kawasan itu terjejas akibat banjir.

Sementara itu, penghuni lain di kawasan terbabit telah keluar lebih awal untuk menyelamatkan diri.

Tambah Norazam, bantuan bot dari BBP Rawang telah dihantar ke lokasi bagi memberi bantuan kepada penduduk di kawasan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI