fbpx

Badan dipercayai milik pendaki ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat membawa keluar bahagian badan milik pendaki yang dipercayai hilang di Hutan Simpan Gunung Siku dekat Jalan Simpang Pulai, Ipoh.

IPOH – Bahagian tubuh dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Siku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini ditemui pasukan penyelamat.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, bahagian badan itu dijumpai anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) sekitar pukul 10.20 pagi

Katanya, bahagian tubuh berkenaan dijumpai dalam timbunan kayu dipercayai dihanyutkan arus deras kepala air.

“Bahagian tubuh tersebut dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Bagaimanapun kita tidak dapat memastikan bahagian tubuh yang ditemui sepadan dengan bahagian kaki yang dijumpai pasukan penyelamat semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan dua pasukan dari hulu dan hilir sungai,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pos Atap Baru di sini hari ini.

Menurut Muhamad Shahrizal, pihaknya menumpukan pencarian dengan menyelusuri laluan air sepanjang 800 meter.

“Pada operasi hari pertama semalam, pencarian kedua-dua mangsa merangkumi radius lima kilometer di mana anggota menyelusuri laluan air bagi mengesan kedua-dua pendaki terbabit,” katanya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI