fbpx

Aespa dipilih sebagai 10 Next Generation Leader

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AESPA

MAJALAH TIME menyenaraikan kumpulan penyanyi wanita popular Aespa sebagai salah satu dari 10 Next Generation Leader bagi tahun ini.

Majalah berkenaan meluncurkan senarai Next Generation Leader yang menyoroti nama bintang-bintang sedang mendaki tangga populariti dan menuju masa depan lebih cerah.

Grup dianggotai empat wanita cantik itu disenarai sebaris dengan nama besar lain seperti pemimpin redaksi Kyiv Independent, Olga Rudenko, aktor Jonathan Bailey dari filem Bridgerton dan YouTuber Deepica Mutyala.

TIME memasukkan nama Aespa sejajar dengan kemunculan kumpulan itu di pentas festival muzik terbesar dunia, Coachella pada bulan lepas.

Meskipun baru setahun jagung dalam industri K-pop, namun TIME memuji Aespa kerana mampu mencipta sukses secara global menerusi album pertama, Savage yang berjaya menghuni tangga No.20 di carta Billboard 200.

Malah, video muzik debut mereka, Black Mamba mencatat jumlah tontonan 100 juta kali menerusi YouTube dalam masa sebulan 21 hari dan 11 jam, lebih cepat berbanding debut kumpulan K-pop yang lain.

Lebih unik, kumpulan itu mengangkat konsep metaverse dengan menyatakan misi untuk menormalisasikan konsep berkenaan agar peminat serta semua orang berasa selesa dengan idea tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI