fbpx

Adik turut menjadi mangsa dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Adik kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang meninggal dunia selepas disyaki didera ibu dan bapa saudara di Desa Pengkalan di sini, dipercayai turut menjadi mangsa dera.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, terdapat beberapa kesan kecederaan lama dan baharu pada tubuh kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu.

Katanya, mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Mangsa dan adik lelaki tinggal bersama ibu dan bapa saudara mereka sejak awal tahun 2020.

“Kedua-dua suspek berniaga bihun sup di hadapan rumah mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Perbuatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas pegawai perubatan HRPB menemukan kesan kecederaan disyaki didera pada tubuh kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI