fbpx

Zuraida tangkis dakwaan Malaysia amal buruh paksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida.

PUTRAJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin kini di Amerika Syarikat (AS) bagi menangkis isu buruh paksa yang ditohmah ke atas negara ini.

Justeru, beliau berharap lawatan kerjanya di AS selama enam hari yang berakhir esok bakal memberikan hasil positif terhadap imej industri komoditi tempatan daripada tohmahan liar itu.

“Saya juga sudah dan akan mengadakan beberapa lagi mesyuarat penting serta amat yakin resolusi yang baik boleh dicapai dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Terdahulu beliau merakamkan terima kasih kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan yang mendapat komitmen daripada AS bagi menubuhkan satu jawatankuasa kerja.

Ia bakal bermesyuarat setiap tiga bulan hasil persetujuan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) serta Jabatan Buruh AS (DOL) bagi membendung isu panas tersebut.

Malaysia setakat ini berjaya menyelesaikan hampir kesemua indikator buruh paksa warga asing yang disenaraikan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) kecuali perhambaan hutang.

Permasalahan itu menjadi cabaran terbesar kerana kes tersebut berlaku di negara asal pekerja terbabit tetapi memberi implikasi negatif pula kepada Malaysia selaku negara penerima.

Mengulas lanjut, Zuraida optimis bahawa jawatankuasa yang akan dibentuk itu mampu dalam merungkai dakwaan buruh paksa yang konon ada diamalkan syarikat kelapa sawit dan getah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI