fbpx

Terlampau fokus layari media sosial petanda ketagih telefon pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbuatan melayari telefon pintar boleh mendedahkan personaliti seseorang. - Getty Images

LONDON – Perbuatan melayari semua platform media sosial menerusi telefon pintar boleh menjadi petanda bahawa seseorang itu ketagih dengan alat hubungan komunikasi tersebut, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Pakar Britain dari Jawatankuasa Psikoterapi United Kingdom (UKCP), Tamara Sears menjelaskan bahawa tabiat penggunaan telefon boleh mendedahkan personaliti seseorang.

Sears menerangkan bagaimana dengan melihat wajah yang dikenali di Instagram boleh menawarkan seseorang ruang mengadu apabila berasa kesunyian.

“Selebriti boleh mewakili sesuatu untuk seseorang, wajah biasa yang anda rasa seperti kenal, sekiranya anda kesepian, sejenis kehidupan atau suri teladan yang ingin anda contohi.

“Walau bagaimanapun, memberi tumpuan kepada mereka sepanjang masa boleh mencetuskan perasaan tidak mencukupi jika anda sentiasa membandingkan diri dengan mereka.

“Jika anda meneliti segala-galanya sepanjang masa tanpa sebarang fokus, mungkin kerana anda sukar untuk meletakkan had pada diri anda,” katanya.

Beliau berkata, isu itu boleh berlaku kepada individu yang suka menyenangkan orang kerana mereka tidak mementingkan keinginan dan keperluan mereka sendiri.

Pakar itu menyimpulkan bahawa melayari telefon pintar pada setiap masa boleh mencerminkan perjuangan dalaman seseorang.

“Banyak aplikasi direka untuk memastikan seseorang terus leka menggunakan telefon pintar, jadi berhati-hati untuk tidak menggunakannya terlalu banyak dalam hidup anda. Hidup anda adalah untuk anda,” tegas Sears. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI