fbpx

Tak boleh nak sorok dah, Mona Allen hamil enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekin dan Mona bakal menimang cahaya mata sulung sekitar Ogos nanti.

PETALING JAYA – Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, penantian pasangan pelakon Pekin dan Mona Allen untuk menimang seorang zuriat bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Mona yang kini hamil enam bulan berkata, dia tiada niat untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana berasakan belum sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

“Alhamdulillah, kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan, cuma belum masa nak umumkan sahaja.

“Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat iaitu tujuh bulan ke atas.

“Tak boleh nak sorok dah. Benda pun dah viral. Jadi kami umum sahajalah dalam Instagram,” katanya.

Terdahulu, Mona ada memuat naik foto bersama suami dan memperlihatkan dia sedang memegang ‘baby bump’.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan itu serta mendoakan urusan bersalin nanti dipermudahkan.

Tambah pelakon drama Love Elsa itu lagi, usaha dia dan suami untuk mendapatkan zuriat tidak pernah terhenti apabila pernah melakukan rawatan dengan pengamal perubatan Islam.

“Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.

“Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa daripada ustaz tersebut,” katanya.

Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI