fbpx

Penjaga sementara disyaki dera budak 3 tahun diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk.

AMPANG – Polis sedang giat memburu seorang lelaki disyaki mendera kanak-kanak berusia tiga tahun di Pandan Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 40-an itu merupakan penjaga sementara kepada kanak-kanak lelaki itu.

“Ibu bapa kandung mangsa kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah dan telah dijaga suspek sejak Januari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang terdengar tangisan kanak-kanak terbabit pada pukul 1 petang.

“Susulan itu, pengadu telah membuat pemeriksaan badan dan menemui kesan kecederaan pada bahagian muka serta badan mangsa sebelum terus ke balai polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Jelasnya, mangsa kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI