fbpx

Pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil tingkat risiko kelahiran bayi pramatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelidik dari Universiti Aberdeen mendapati kadar kelahiran pramatang dan kematian bayi yang lebih tinggi dalam kalangan wanita yang mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dan ibuprofen ketika hamil. - iStockPhoto

LONDON – Satu kajian mendapati wanita yang mengambil ubat tahan sakit ketika hamil berkemungkinan mengalami komplikasi kandungan, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Penyelidik dari Universiti Aberdeen di Britain mendapati terdapat kadar kelahiran pramatang dan kematian bayi yang lebih tinggi dalam kalangan wanita yang mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol dan ibuprofen ketika hamil.

Kira-kira 50 peratus kelahiran pramatang berpotensi berlaku dalam kalangan wanita yang mengambil salah satu daripada lima ubat tahan sakit biasa semasa hamil.

Kajian itu dijalankan ke atas lebih 150,000 wanita hamil selama tiga dekad. Hasil kajian menunjukkan risiko kematian bayi lebih tinggi iaitu kira-kira 33 peratus.

Kira-kira lapan daripada 10 bakal ibu mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan gejala kehamilan seperti demam dan sakit sendi.

Bagaimanapun, terdapat nasihat yang bercanggah tentang ubat mana yang harus diambil dengan sesetengahnya dianggap selamat dan yang lain sebaliknya.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata bahawa parasetamol adalah ubat tahan sakit pilihan pertama untuk wanita hamil selain melarang pengambilan dos tinggi aspirin dan ubat anti-radang seperti ibuprofen.

Kajian itu adalah antara yang terbesar seumpamanya, dijalankan terhadap 151,141 kehamilan antara 1985 hingga 2015.

Penyelidik mengkaji nota perubatan daripada wanita yang telah mengambil paracetamol, aspirin, ibuprofen, diklofenak dan naproxen.

Penemuan itu diterbitkan menerusi jurnal saintifik MNJ Open. Kajian itu mendedahkan tiga daripada 10 wanita (29 peratus) mengambil ubat tahan sakit tanpa preskripsi semasa hamil. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI