fbpx

Pasukan baharu ditubuh selepas PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid (tengah) diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Perdana Menteri (tiga dari kiri) dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tiga dari kanan) ketika tiba sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini. - FOTO: MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Pasukan pimpinan baharu dan lebih bersedia memimpin negara bakal ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, pindaan perlembagaan pemilihan parti amat penting dilakukan bagi memastikan pemilihan pimpinan baharu selepas ini.

“Bagi pasukan baharu yang dipilih, maksima selama lima tahun diberikan untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat negara dan rakyat, ” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI