fbpx

NASA mahu hantar lukisan bogel manusia ke angksa, tarik perhatian makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran lukisan manusia bogel dikatakan bersifat lebih universal dan difahami oleh makhluk asing. - Daily Express

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bercadang untuk menghantar foto bogel ke angkasa lepas dengan harapan untuk menarik perhatian makhluk asing datang ke Bumi, lapor akhbar Daily Star.

Agensi itu merancang untuk membuat hubungan komunikasi dengan makhluk asing dengan menghantar imej manusia melambai tangan. Ia diharapkan dapat menawarkan pendekatan yang mesra.

Namun begitu, lakaran manusia itu tidak akan sempurna seperti biasa kerana ia hanya dilukis berdasarkan anatomi asal tubuh manusia atau dalam erti lain, gambaran bogel.

Ini kerana pakar percaya bahawa lakaran bogel adalah bersifat kod binari dan mungkin lebih senang untuk difahami oleh makhluk asing.

“Walaupun konsep matematik dalam istilah manusia berpotensi tidak dapat dikenali oleh makhluk asing, kod binari berkemungkinan bersifat universal merentas semua kecerdasan,” kata kajian itu. 

NASA sebelum ini telah menghantar gambaran manusia bogel ke angkasa lepas untuk mencuba dan menarik perhatian makhluk asing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI