fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di utara dan Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda beberapa kawasan di bahagian utara dan Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka beransur reda pada lewat malam nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Sik dan Baling.

“Bagi kawasan pantai tinur, turut terlibat antaranya Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah di Kelantan serta Bera di Pahang,” katanya.

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang (Lawas).

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).

Jelas MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

POPULAR