fbpx

Ervin tamatkan kemarau 21 tahun golf di Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERVIN

HANOI – Atlet golf negara, Ervin Chang menamatkan kemarau 21 tahun Malaysia apabila melakukan kejutan dengan menghadiahkan pingat emas menerusi acara individu di Kelab Golf dan Resort Heron Lake, Vinh Phuc sebentar tadi.

Pada saingan tersebut, Ervin tampil cemerlang selepas menang dalam pertarungan playoff tiga lubang menentang pemain Indonesia, Amadeus Christian Susanto.

Bagaimanapun, Ervin tampil dengan tenang melakukan birdie pada lubang tambahan ketiga di Padang Golf dan Resort Heron Lake untuk muncul atlet Malaysia pertama menjadi juara selepas kuartet lelaki, Airil Rizman Zahari, S Sivachandhran, Shaaban Hussin dan Sahal Saedin meraih emas berpasukan lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.

Ervin sebelum itu bangkit daripada ketinggalan dua pukulan sebelum mencatat empat bawah par 68 untuk keseluruhan tujuh bawah par 209 dengan Amadeus memaksa saingan ke aksi playoff.

“Sangat gembira selepas dua kali tanpa pingat, kali ketiga beraksi di Sukan SEA, saya berjaya meraih emas untuk negara.

“Saya tidak fikirkan untuk menamatkan kemarau emas ketika beraksi kerana dalam fikiran saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan membawa pulang pingat buat negara.

“Ia hari yang cukup baik dan saya tidak tahu nak cakap apa-apa lagi. Segalanya berjalan dengan lancar dan seperti apa yang saya inginkan,” katanya.

Gangsa menjadi milik Weerawish Narkprachar dari Thailand selepas menduduki tempat ketiga dengan 210, satu pukulan di depan rakan senegaranya termasuk pendahulu terdahulu, Arsit Areephun dan Ratchanon Chantananuwat.

Aksi individu wanita juga memberikan khabar gembira apabila Jeneath Wong menghadirkan gangsa.

Jeneath mencatatkan par 69 untuk menutup aksi tiga hari dengan keseluruhan par 211, ketinggalan sembilan pukulan di belakang pemenang, Natthakritta Vongtaveelap dari Thailand.

Pemain Singapura, Aloysa Mabuta Margiela Atienza menamatkan saingan di tempat kedua untuk perak dengan catatan par 209. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI