fbpx

Dua pendaki hilang dibawa kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat menyelusuri laluan air bagi mencari dua pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Suku, Simpang Pulai, Ipoh hari ini.-Foto JBPM PERAK

IPOH – Dua pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini dipercayai dibawa kepala air.

Kedua-dua pendaki itu berusia 30 dan 45 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kedua-duanya bersama 27 pendaki lain sedang melakukan aktiviti pendakian di gunung berkenaan.

Katanya, kesemua 27 pendaki lain telah berjaya sampai di kaki bukit dalam keadaan selamat.

“Pasukan penyelamat telah bergerak ke lokasi mangsa dipercayai hilang yang mengambil masa tiga jam perjalanan.

“Pencarian kini ditumpukan di kawasan seluas lima kilometer menyelusuri laluan air bagi mengesan mangsa,” ujarnya.

Gerakan mencari melibatkan 22 anggota bomba dibantu tiga malim gunung, Jabatan Perhutanan negeri (lapan), Angkatan Pertahanan Awam (lima) dan Unit Komunikasi RCRC Cameron Highlands (sembilan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI