fbpx

Budak lapan tahun maut disyaki didera ibu, bapa saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia dipercayai didera penjaga yang juga merupakan ibu dan bapa saudaranya.

Kematian mangsa dilaporkan pada pukul 3.14 pagi tadi oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa yang dibawa oleh ambulans ke HRPB telah disahkan meninggal dunia sekitar pukul 1.45 pagi.

Menurut beliau, pemeriksaan pada badan mangsa menemui kesan-kesan cedera disyaki akibat didera.

“Bedah siasat telah dijalankan oleh Pakar Patologi Jobatan Forensik, HRPB dan didapati punca kematian adalah ‘multiple blunt injury’.

“Hasil siasatan membawa kepada penahanan sepasang suami isteri berumur 40 tahun iaitu ibu dan bapa saudara yang merupakan penjaga kepada mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kedua-duanya akan dibawa ke mahkamah esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut diminta berhubung dengan Asisten Superintendan Dasarathan Subramaniam ditalian 012-564 4484 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI