fbpx

Afifi Al-Akiti undur diri sebagai penasihat agama Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Afifi Al Akiti

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan untuk menerima permohonan peletakan jawatan Datuk Dr. Afifi Al-Akiti yang menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.

Afifi juga merupakan Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim berkata, Sultan Perak berkenan menerima peletakan jawatan tersebut yang dikuatkuasakan hari ini.

Menurut Ayob, Afifi telah mengutus warkah tersebut bertarikh 15 Mei memohon perkenan Sultan Nazrin untuk berundur diri daripada gelaran berkenaan.

Menurutnya, warkah tersebut telah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Perak.

“Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat yang diberikan Dr. Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan berkenan menerima permohonan tersebut untuk dikuatkuasakan 15 Mei,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam salinan surat permohonan meletakan jawatan, Afifi memberitahu, sejak dua minggu kebelakangan tular bahan-bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemar nama beliau.

Afifi berkata, beliau memilih enggan mengulas yang boleh mencetuskan perdebatan berpanjangan yang tidak memberi sebarang manfaat.

“Bahan-bahan yang ditularkan juga kelihatan mempersoalkan kesesuaian peranan saya dengan institusi agama dan mempertikaikan peranannya dengan urusan hal ehwal agama Islam.

“Menginsafi perkara ini akan menjejaskan darjat kemuliaan Raja dan institusi agama, saya mengutuskan warkah untuk menyampaikan hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada penyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan,” katanya.

Keputusan itu jelasnya dilakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada Sultannya demi melindungi darjat kemuliaan Paduka Seri Sultan Perak.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi tiga minit 24 saat memaparkan seorang lelaki memakai topi sambil diapit dua wanita.

Lelaki yang didakwa seorang tokoh agama serta dikatakan penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam itu berada di sebuah kelab malam. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI