fbpx

Remaja maut rempuh kereta keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Shafeena maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam nahas di Kuala Sungai Baru, Melaka, semalam

MELAKA – Perjalanan dua sahabat pergi beraya dengan menunggang motosikal berakhir tragedi apabila salah seorang daripadanya maut dalam nahas di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Nurul Shafeena Mohd. Hasmawi, 16, yang membonceng maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Rakannya, Nurul Atiqah Musa, 16, terselamat namun mengalami kecederaan parah di kaki dan dirawat di zon merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah pekan Kuala Sungai Baru ke Kuala Linggi.

“Setiba di lokasi, motosikal ditunggngi remaja ini telah melanggar Toyota Corolla dipandu pesara tentara berusia 77 tahun yang keluar dari simpang kedai runcit untuk ke Pekan Kuala Sungai Baru.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang membonceng maut di tempat kejadian manakala rakannya mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan dikejarkan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN