fbpx

Peniaga jual mihun separuh, ayam kecil RM9 diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Dua buah restoran nasi campur di Ayer Keroh di sini diberi notis susulan mengenakan harga terlalu mahal mencecah RM3 berbanding kadar biasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, hasil maklumat orang awam, serbuan telah dilakukan sepasukan lima penguat kuasa, minggu lalu.

Katanya, dua notis dikeluarkan selepas mendapati pemilik premis mengenakan harga mahal dengan perbezaan ketara sekitar RM2 sehingga RM3 sepinggan berbanding harga biasa.

“Kita ada menerima aduan daripada pengguna mengenai caj mahal yang dikenakan dua kedai makan di Ayer Keroh dan susulan itu satu pemeriksaan mengejut dilakukan.

“Dua notis dikeluarkan selepas kita dapati memang harga dikenakan terlalu tinggi, sebagai contoh mihun separuh dengan seketul ayam, dipotong 24 ketul dicaj pada harga RM9 sedangkan harga patut adalah RM5 sehingga RM5.50,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Petronas di Ayer Keroh, di sini semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI