fbpx

Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang direman kes rasuah RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa KPDNHEP direman empat hari di Mahkamah Majistret di George Town hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seorang pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daerah Timur Laut di sini direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan nilai RM3,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Selasa dikeluarkan Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin selepas Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G. Jayaraj membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika menerima wang berkenaan daripada seorang pengadu di sekitar Bayan Baru dekat sini petang semalam.

Katanya, wang itu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes yang masih di dalam siasatan dan supaya tindakan tidak diambil ke atas pengadu atas kesalahan memiliki gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi melebihi kapasiti yang dibenarkan.

Difahamkan kesalahan itu dilakukan sejak tahun lalu dan pengadu berkenaan membuat laporan kepada SPRM awal bulan ini.

Suspek yang tidak diwakili peguam itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI