fbpx

Musang King dijangka naik sehingga RM80 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga durian termasuk Musang King dijangka naik berikutan kurang bekalan.

JASIN – Harga durian dijangka naik termasuk Musang King yang mencecah RM80 sekilogram di seluruh negara pada musim buah akan datang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, ia susulan bekalan buah durian mengalami penyusutan disebabkan cuaca hujan berterusan.

Katanya, perkara itu turut dimaklumkan Persatuan Penanam Durian mengenai kenaikan harga bagi durian premium termasuk Black Thorn (duri hitam) dan Musang King.

“Kita jangka harga durian akan naik sekali ganda, termasuklah Black Thorn boleh mencecah RM100 sekilogram, manakala Musang King sekitar RM60 sehingga RM80.

“Ini disebabkan bekalan durian merosot atas faktor cuaca hujan berterusan, baja dan kenaikan gaji pekerja,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas masjlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di kediamannya di Umbai, di sini hari ini.

Jelasnya, cuaca hujan yang berterusan telah memberi kesan kepada proses pembungaan dan menyebabkan putik durian gugur.

Dalam pada itu, Ahmad Hamzah memberitahu, Pulau Pinang dan Perak telahpun mengalami penyusutan tersebut mencecah 50 peratus.

“Saya telah minta pandangan daripada Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berhubung isu ini termasuk Pulau Pinang dan Perak yang telah menyaksikan penyusutan hasil durian.

“Kita tidak dapat nak kawal harga yang ditetapkan pemborong dan peniaga durian, jadi apa pun ia berbalik kepada prinsip asas ekonomi iaitu apabila permintaan lebih tinggi dari pengeluaran, harga akan naik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI