fbpx
Muhammad Fariz Amat Jusak,menyiram air mawar di kubur anaknya yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Batang Benar hari ini. FOTO- MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Muhammad Nabil selamat dikebumikan di kampung bapa di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jenazah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang maut dalam kemalangan maut bersama empat sahabat yang lain di Kuala Kangsar, Perak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Batang Benar, Nilai di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 8.05 pagi dari kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Sungai Mahang, Nilai di sini.

Sebelum itu, solat jenazah juga diadakan sekali lagi di kediaman tersebut selepas tiba dari Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS, Kuala Kangsar kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan terbabit dengan upacara pengebumian dihadiri kira-kira 100 orang penduduk termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham.

Allahyarham yang menetap di Selayang, Selangor dikebumikan di sini yang merupakan kampung halaman bapanya Muhammad Fariz Amat Jusak, 49.

Muhammad Fariz ketika ditemui selepas majlis pengebumian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam pengurusan jenazah Allahyarham anaknya itu sehingga selamat dikebumikan hari ini.

“Saya berbanyak terima kasih terutama kepada pihak universiti yang banyak membantu juga kepada semua yang mendoakan anak saya dan mangsa-mangsa yang lain, saya harap Allah sahaja yang dapat membalas budi baik dan jasa mereka semua, ” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI