fbpx
GAMBAR HIASAN

Jakim gantung lesen rumah sembelihan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung kelulusan yang diberikan kepada loji sembelihan Tohmas Foods International Lobethal di Australia ekoran isu halal yang menimbulkan keraguan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, penggantungan itu berkua kuasa serta merta sehingga satu hasil siasatan yang menyeluruh diperoleh.

“Keputusan itu diambil selepas sidang khas diadakan antara Jabatan Veterinar, Jakim dan Jabatan Agrikultur, Air dan Alam Sekitar Australia pada 13 Mei lalu.

“Kita juga akan memberi surat tunjuk sebab kepada badan pensijilan daging halal Australia yang berkemungkinan akan berdepan dengan tindakan membatalkan status sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI