fbpx

Guru lumpuh terima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huzaire (berkerusi roda) bergambar bersama Radzi (tiga dari kiri) dan penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan di UMK Kampus Bachok hari ini.

BACHOK – Lumpuh bukan penghalang buat seorang guru untuk dinobatkan sebagai salah seorang daripada 25 guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini hari ini.

Huzaire Ahmad, 46, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mempaga 2, Pahang berkata, kecacatan kekal yang dialaminya sejak 22 tahun lalu tidak melunturkan semangatnya untuk berbakti kepada anak didik sama ada di sekolah, menerusi media sosial atau kominuti setempat.

“Saya mengalami kecacatan kekal selepas terjatuh ketika memanjat pokok rambutan pada bulan Disember 1999. Kejadian itu menyebabkan saya terlantar hampir dua tahun.

“Kini, saya bergantung kepada penggunaan kerusi roda untuk bergerak dan melaksanakan tugas sebagai guru. Sebagai OKU, saya membina semangat untuk terus maju dan berusaha membina keyakinan diri murid dengan mencungkil bakat mereka melalui Kelab Muzik Sekolah selain tampil sebagai guru bimbingan kepada murid dan keluarga yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 di sini hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menyampaikan anugerah berupa trofi, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada 25 orang guru terpilih.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dan Naib Presiden merangkap Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Huzaire yang berasal dari Kampung Mempatih Lancang, Pahang berkata, dia terkejut kerana terpilih selepas seorang murid, Muhamad Adam Takif Zaidi, 11 bersama bapanya yang mencalonkan penyertaannya sebagai calon Guru Inspirasi McDonald’s.

“Muhamad Adam Takif sebelum ini mengalami kemurungan selepas ibu bapanya bercerai. Saya memberi motivasi kepadanya untuk keluar daripada kepompong kemurangan.

“Muhamad Adam Takif kini sudah kembali normal selain seronok belajar di sekolah. Saya mengamalkan hubungan baik sesama insan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI