fbpx

Gaji minima: KUSKOP sambut baik pengecualian untuk usahawan mikro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ( tiga kiri) sewaktu pelancaran Perpustakaan Maya dan Mesyuarat PIBG SK Sungai Burong, hari ini

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyambut baik pengecualian pembayaran gaji minimun kepada golongan usahawan mikro sehingga hujun tahun ini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pengecualian tersebut membolehkan kelompok usahawan mikro benar-benar bersedia dari aspek kewangan untuk membayar gaji minimum itu.

“Apa pun dalam tempoh tersebut jika ada majikan yang mampu membayar gaji minimun itu amat kita alu-alukan.

“Kita memohon pengecualian gaji minimum untuk membantu usahawan-usahawan mikro yang terlibat dengan banjir dan masalah perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu,” katanya selepas melancarkan Perpustakaan Maya dan merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penangguhan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 hanya melibatkan sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana yang mempunyai pekerja kurang lima orang iaitu sehingga 31 Disember ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN