fbpx

28,957 kes HFMD seluruh negara – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ketika melayan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbukanya di Padang Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim tadi FOTO- NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Kes kaki, tangan dan mulut (HFMD) mencatatkan peningkatan ketara apabila merekodkan sebanyak 28,957 kes di seluruh negara pada Minggu Epid 19/2022 iaitu dari awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah itu meningkat berganda berbanding pada keseluruhan kes HFMD yang direkodkan sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 4,239 kes.

Menurutnya, peningkatan mendadak itu sudah dijangka memandangkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun lalu berbanding tahun ini susulan tiada sekatan dikenakan dan sektor pendidikan kembali dibuka.

“Oleh itu, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada ibu bapa untuk menggunakan ciri baru dalam pengesanan penyakit berjangkit dalam aplikasi MySejahtera untuk mengetahui jumlah kes di kawasan berhampiran dengan mereka.

“Sekiranya tinggi, mereka boleh berhati-hati dan menyemak dengan pihak sekolah, tadika atau taska di mana anak anda berada,” katanya sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Rembau di Padang Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, di sini, tadi. -KOSMMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN