fbpx

Kerajaan digesa tangani isu kelewatan kemasukan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma) menggesa kerajaan agar mengadakan pertemuan dengan pihaknya serta pemain dalam industri bagi mencari jalan menangani isu kelewatan kemasukan pekerja asing di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Dr. N. Sukumaran berkata, mereka mahukan satu kaedah pengambilan pekerja asing yang adil serta beretika tanpa ia dimonopoli oleh mana-mana pihak.

“Sindiket pengambilan pekerja asing telah menyebabkan jenayah penyeludupan manusia serta buruh paksa meningkat termasuk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, negara ketika ini kerugian jutaan ringgit akibat kelewatan proses kemasukan pekerja asing di sektor-sektor yang memerlukan.

Sukumaran berkata, memorandum kerajaan kepada kerajaan (G-To-G) antara Malaysia dan Bangladesh juga dilihat seakan-akan telah tertangguh walaupun ia telah dimeterai pada tahun lalu.

“Kami terkejut dengan kekurangan teruk tenaga kerja melibatkan hampir semua sektor, justeru mengapa isu kelewatan ini berlaku. Adakah ia sengaja dilakukan oleh sesetengah agensi atau individu tertentu bagi kepentingan mereka.

“Kerajaan perlu membenarkan proses pengambilan pekerja asing dilaksanakan oleh agensi tempatan berdaftar serta pihak berkaitan di negara sumber tenaga kerja berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI