fbpx

‘Seram’ Doctor Strange, Scarlet Witch terbaik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doctor Strange berkorban demi menyelamatkan orang ramai daripada kebinasaan yang dilakukan seorang yang amat berkuasa.

MARVEL Studios kembali dengan filem ke-28 yang diberi judul Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Naskhah berkenaan merupakan se­kuel karya terdahulu, Doctor Strange yang diluncurkan pada 2016.

Diarahkan sutradara berpengalaman, Sam Raimi, filem berkenaan mempunyai identiti tersendiri berbanding naskhah Marvel yang lain. Hal ini kerana, selain babak pertarungan bertubi-tubi menderas adrenalin setiap penonton, Raimi juga tidak segan untuk menonjolkan ‘forte’ dirinya sebagai pengarah yang sinonim dengan karya bernuansa seram seperti Evil Dead.

Dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness, ada gaya pengarahan sebegitu yang disuntik Raimi. Ada banyak ‘jumpscare’ yang berjaya membuatkan audiens tak senang duduk.

Seperkara lagi, setiap pelakon yang terlibat naskhah berkenaan, terutama Benedict Cumberbatch sebagai Dr. Stephen Strange, Elizabeth Olsen (Wanda Maximoff / Scarlet Witch) dan Xochitl Gomez (America Chavez), mereka selayaknya diberikan pujian menggunung.

Scarlet Witch menonjol

Paling utama, tentunya Elizabeth Olsen. Karakter Wanda dan Scarlet Witch sememangnya direka khas buat dirinya dan hanya Elizabeth yang mampu menjayakan karakter tersebut sebaik-baiknya.

Renungan matanya, lontaran dialog dan sakti jari-jemarinya benar-benar khayalak tenggelam dengan keberkesanan aspek yang disebutkan.

Dr. Stephen tetap merupakan subjek utama dalam naskhah berkenaan. Pernyataan tersebut bukan bermaksud menidakkan impak lakonan Benedict, namun Scarlet Witch teramat menonjol sehingga penulis antara yang alpha bahawa filem ini berkisar tentang Doctor Strange sebagai hero.

Karakter baharu, America Chavez lakonan Xochitl Gomez juga tidak mengecewakan. Memiliki kuasa untuk menjelajah dari satu universe (galaksi) ke satu universe, America menjadi titik signifikan untuk filem-filem Marvel akan datang.

Cameo

Antara perihal yang menggugat kesabaran ramai untuk menyaksikan Doctor Strange in the Multiverse of Madness adalah kehadiran watak cameo atau kemunculan istimewa beberapa karakter ikonik sedia ada Marvel.

Kalau dalam Spider-Man: No Way Home, ada cameo membuatkan penonton bersorak atau menangis, untuk Doctor Strange, mungkin akan memberi kesan yang hampir serupa, terpulang interpretasi masing-masing. Karakter mana terlibat yang membuat ‘cameo’, sila tonton sendiri.

Satu hal tentang sekuel kali ini, sebenarnya ada terlalu banyak perkara yang ingin disumbat dalam durasi hanya 126 minit. Terdapat beberapa babak yang terasa seperti ‘dipaksa’ naratifnya barangkali sebab terkejar masa.

Dari segi teknikal seperti teknik janaan komputer (CGI), efek bunyi, sinematografi, penulis berani mengklasifikasikan Doctor Strange in the Multiverse of Madness berada pada kelas cemerlang. Semuanya teradun dan diolah cukup baik oleh pengkarya terlibat.

Secara keseluruhannya, Doctor Strange in the Multiverse of Madness merupakan satu lagi karya epik Marvel yang patut menjadi pilihan penonton. Kalau dahagakan filem yang bercerita tentang ‘multiuniverse’, naskhah inilah jawapannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI