fbpx

Puteri Balqis ‘the next’ Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI BALQIS dikatakan bakal menjadi pelakon handalan seperti Nabila Huda.

JIKA sudah namanya perlakon hebat, berilah apa sahaja watak, pasti akan direalisasikan dengan cemerlang.

Itu antara pujian yang sering diberikan kepada Puteri Balqis sejak dia masih kecil sehinggalah sekarang.

Terbaharu yang Mizz Lahar baca komen netizen tentang dirinya ialah ramai melabelkan Balqis sebagai pelapis kepada aktres, Nabila Huda, terutama selepas memberi lakonan hebat sebagai kanak-kanak istimewa menerusi naskhah Angah baru-baru ini.

“Dia berlakon tak pernah buat orang menyampah. Semuanya mesti menusuk jiwa, ‘the next’ Nabila Huda,” puji netizen.

“Balqis kalau berlakon mesti buat penonton menitiskan air mata. Suka sangat cara dia berlakon,” komen seorang pengguna TikTok.

Mizz Lahar pun setuju dengan semua komen dan pujian mengenai Aqish. Dia merupakan pelakon pelapis yang perlu dijaga dengan baik oleh industri. Jangan sesekali sia-siakan bakat yang dimilikinya.

MIZZ LAHAR: Hebat juga lakonan Haidar sebagai Wan dalam drama Angah, dengarnya sudah ada peminat sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI