fbpx

NSCMH Dialysis Care cadang buka dua lagi cawangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
N. Eswaran (dua dari kiri) meraikan jururawat sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia yang diadakan di NSCMH Dialysis Care, Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Bagi menampung keperluan rawatan pesakit buang pinggang di Negeri Sembilan, pusat rawatan dialisis, NSCMH Dialysis Care bercadang untuk membuka dua lagi cawangan pusat rawatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. N. Eswaran berkata, dua lokasi berkenaan adalah di daerah Port Dickson dan Nilai, yang mana didapati terdapat ramai pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pembukaan dua pusat rawatan dialisis itu akan melibatkan kos sebanyak RM2.4 juta, melibatkan 12 mesin dialisis.

“Di Port Dickson, ia dijangka dibuka pada hujung tahun ini manakala di Nilai pula dalam tempoh 12 bulan lagi.

“Terdapat peningkatan 40 hingga 46 peratus dalam kalangan pesakit buah pinggang ketika ini. Diharap pembukaan pusat rawatan dialisis ini dapat memberi kemudahan dan memberi peluang buat pesakit mendapatkan rawatan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia di NSCMH Dialysis Care, Jalan Tun Dr. Ismail di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan, seramai 48 orang jururawat diraikan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia.

Sementara itu Eswaran berkata, berbanding pusat dialisis lain, pihaknya menawarkan kos rawatan yang lebih rendah.

“NSCMH Dialysis Care menawarkan bayaran serendah RM150 bagi sekali rawatan, kerana pusat ini merupakan pusat dialisis kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Caj rawatan bagi pesakit yang mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah dengan bayaran RM130 manakala RM20 lagi ditanggung sepenuhnya oleh pusat dialisis ini,” katanya.

NSCMH Dialysis Care kini memberikan rawatan dialisis secara berterusan kepada 600 orang pesakit di kesemua 12 cawangannya yang terletak di seluruh Negeri Sembilan, selain satu cawangan masing-masing di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI