fbpx

Ji Chang-wook tak malu keluarga miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JI CHANG-WOOK

PELAKON tinggi lampai, Ji Chang-wook mendedahkan pernah melalui zaman sukar bersama keluarganya ketika zaman kanak-kanak.

Pengalaman dihimpit masalah kewangan bagaimanapun menjadikan Chang-wook seorang yang kuat untuk berdepan apa sahaja cabaran mendatang.

“Saya tak malu untuk beritahu bahawa saya merupakan anak orang susah. Saya dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan dan sering dihimpit masalah kewangan hingga ada kalanya saya menangis jika terkenang kisah lalu.

“Tapi kesusahan lampau itulah menjadikan saya yang sekarang. Saya dapat balas dan bantu ibu saya yang kini bergelar ibu tunggal dan pernah bersusah payah membesarkan kami adik-beradik” kata hero The K2 itu.

Chang-wook berkongsi perkara sedih dan pasti membuatnya sebak itu ketika sesi penggambaran bagi sebuah majalah tempatan terkenal Korea.

Tambahnya lagi, sesiapa sahaja pasti ada kisah silam tersendiri dan janganlah sesekali berasa malu dengan perkara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI