fbpx

Jangkitan Covid-19 meningkat 3,321 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan peningkatan dengan 3,321 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,467,061 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat 10 kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 1,416 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,406,613 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (1,220 kes), Kuala Lumpur (573 kes), Negeri Sembilan (288 kes), Perak (221 kes), Pulau Pinang (208 kes), Putrajaya (182 kes) dan Melaka (140 kes).

“Seterusnya, Sabah (57 kes), Kedah (98 kes), Johor (88 kes), Pahang (73 kes), Sarawak (71 kes), Terengganu (42 kes), Kelantan (37 kes), Labuan (14 kes) dan Perlis (sembilan kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,598 kes serta tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,539 kes.

Sebanyak 24,850 kes aktif dilaporkan melibatkan 23,385 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,373 kes di hospital, 25kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI