fbpx

Hasil jualan baja HMJ cecah RM14 juta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – HMJ Biz Point Sdn. Bhd. (HMJ) pengeluar produk baja organik berjenama Milagro, bercadang untuk menambah baik dan menawarkan produk dengan wajah baharu versi lebih premium di pasaran tidak lama lagi.

Pengasas syarikat Mat Jantan berkata, formulasi baja organik itu juga ditambah baik bagi meningkatkan kesuburan tanah bagi menghasilkan produk pertanian yang lebih sihat dan selamat

Menurut beliau, produk yang dihasilkan syarikat yang telah beroperasi sejak tahun 2017 itu terdiri daripada dua jenis iaitu baja kimia dan organik.

“Baja organik dihasilkan daripada bahan asli tanpa campuran kimia seperti pereputan sisa pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan menjadi pilihannya.

“Ia digunakan secara meluas saban tahun dan menjadi pilihan petani mahupun pekebun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran baja baharu itu di Melaka semalam.

Mat menerangkan, sehingga kini, syarikat memiliki  11,000 ejen di seluruh Malaysia.

Untuk perancangan masa depan, syarikat mengunjurkan kepada 3,000 mini nurseri atau semaian tanaman diusahakan ejen. 

“Awal dulu, kita hasilkan 30 tan baja organik sebulan. Tapi kini 300 tan sebulan dan jualan produk pada tahun 2021 juga mencecah kepada RM14 juta,” ujarnya.

Mengulas mengenai kebaikan baja organik keluaran syarikat, selain membantu kesuburan tanaman, ia juga dapat mengurangkan kadar masam dan asid tanah selain membantu mempercepat proses larut resap. 

“Baja itu juga akan dapat membantu memperbaiki pengudaraan dan resapan air untuk memastikan perkembangan akar pokok yang lebih sihat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN