fbpx

Awang Adek bakal pegang jawatan Pengerusi Eksekutif SC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif PRG Holdings Berhad (PRG), Datuk Dr. Awang Adek Hussin bakal meletak jawatan daripada lembaga pengarah Kumpulan berkuat kuasa Kumpulan tersebut pada 30 Mei ini.

Perletakan jawatan tersebut adalah untuk mengambil alih peranan baharunya sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 1 Jun ini.

SC telah mengumumkan pada 28 April 2022 mengenai peletakan jawatan Datuk Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Eksekutif SC, yang akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022 dan tempat beliau akan digantikan oleh Awang Adek.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan PRG, Datuk Lua Choon Hann berkata, pihak Lembaga Pengarah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Awang Adek atas banyak sumbangan beliau terhadap Kumpulan selama hampir lima tahun berkhidmat di sini.

“Kami mendoakan kejayaannya dalam usaha baharunya,” katanya dalam kenyataan.

Awang Adek mula dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif PRG pada 18 Ogos 2017 dan beliau memainkan peranan penting dalam membimbing Kumpulan ke arah  tadbir urus korporat  dan amalan kemampanan yang baik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN