fbpx

Rugi RM233,954 ditipu sindiket tiket penerbangan murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hari ini memaklumkan telah mengesan modus operasi baharu sindiket tipu tiket penerbangan dalam talian yang menyebabkan kerugian keseluruhan sebanyak RM233,954.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya sehingga kini menerima 20 laporan berhubung kes penipuan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah melayari laman web (http://cafe.naver.com/mymalaysia) yang menunjukkan iklan penerbangan didakwa dikendalikan syarikat Apsan Travel and Tour Sdn. Bhd.

“Tertarik dengan tawaran harga tiket yang lebih murah berbanding harga pasaran, mangsa telah membuat pembayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, setelah pembayaran dilaksanakan, mangsa gagal memperolehi tiket penerbangan yang dibeli.

“Sehingga kini polis telah menerima 20 laporan melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM233,954.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI