fbpx

Permintaan lembu korban meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak sedang melapah daging lembu pada program jualan Kongsi Rezeki di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang Teluk Panglima Garang semalam.

KUALA LANGAT – Permintaan lembu untuk ibadah korban tetap meningkat walaupun harga ruminan tersebut dijangka me­ningkat tahun ini.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbollah, setakat ini pihaknya telah menerima pesanan seba­nyak 2,000 ekor lembu untuk ibadah korban.

“Tahun lepas kami memasarkan sebanyak 1,200 ekor lembu korban. Ketika itu harga bermula daripada RM4,500 seekor.

“Kali ini, walaupun harga ditawarkan meningkat bermula daripada RM5,000 seekor, permintaan telah melonjak lebih 40 peratus,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Teluk Panglima Garang semalam.

Abdul Razak berkata, kenaikan kos seperti makanan ternakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini menyebabkan harga lembu tidak dapat dikekalkan seperti tahun lalu.

Tambahnya, usaha kerajaan termasuk inisiatif menanam jagung di Negeri Sembilan amat dialu-alukan dan beliau berharap penanaman rumput Napier dapat diperbanyakkan dan dise­gerakan di daerah ini.

“Penternakan haiwan seper­ti lembu sinonim dengan PPK Kuala Langat. Kami mempunyai penternak berjaya dari Kampung Endah Banting.

“Kami juga mempunyai pusat penyembelihan di Kampung Endah dan Pulau Nyatoh di sini. Jus­teru, saya berharap kos penternakan akan terus dikurangkan bagi memastikan lebih banyak lembu dapat diternak untuk memenuhi keperluan pasaran,” katanya.

Jelas Abdul Razak, pada program jualan sempena Aidilfitri minggu lalu, pihaknya telah menjual sebanyak 50 ekor lembu bagi pasaran tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI