fbpx
Nilai ringgit dijangka mampu pulih kerana asas nilainya dianggap masih baik. – Gambar hiasan

Penurunan nilai ringgit hanya bersifat sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dilihat hanya bersifat sementara dan banyak dipengaruhi ketidaktentuan faktor luaran, bukannya di­sebabkan asas nilai ringgit itu sendiri.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ketika ini ringgit sebenarnya terkurang nilai, atau undervalued.

Katanya, sifat pasaran mata wang sememangnya sangat me­ruap dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti suasana kadar faedah di AS yang dijangka naik secara agresif.

“Selain itu, dasar negara China yang masih lagi tegas terhadap Covid-19, di samping faktor perang di Ukraine dilihat banyak memberi kesan terhadap kenaikan inflasi.

“Apabila berlaku situasi sebegini, para peserta pasaran mata wang asing cenderung untuk memegang mata wang selamat, atau safe haven currencies se­perti dolar AS.

“Ini yang membuatkan ringgit menjadi lemah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Bank Negara Malaysia semalam meletakkan ringgit pada 4.3795 berbanding dolar AS.

Menurut Mohd. Afzanizam, asas ringgit masih baik, dengan kadar inflasi negara yang stabil sekitar 2.2 peratus pada bulan Mac lalu berbanding AS yang mencatatkan inflasi 8.5 peratus dalam tempoh yang sama.

“Kemungkinan nilai ringgit untuk meningkat semula sememang­nya ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

POPULAR