fbpx

Mayat lelaki dijumpai terapung di Sungai Kurau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di Sungai Kurau berhampiran Jalan Jeti Bagan Serai petang tadi.

BAGAN SERAI – Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di Sungai Kurau berhampiran Jalan Jeti Bagan Serai kira-kira pukul 3.40 petang tadi.

Mangsa berpakaian seluar jeans, baju-T lengan panjang berwarna hitam dan memakai jam pada pergelangan tangan kiri itu terapung dari arah Kampung Keramat menuju perairan laut Kuala Kurau.

Pihak polis yang dimaklumkan tentang penemuan itu masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti identiti mayat termasuk warisnya.

Mayat telah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Parit Buntar tujuan bedah siasat manakala satu kenyataan akan dikeluarkan polis berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI