fbpx

Kebangkitan luar biasa PJ City ikat Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGAH WANJA (kanan) gagal membantu Kedah mencatat kemenangan walaupun meledak hatrik apabila seri 3-3 dengan PJ City sebentar tadi. - TWITTER MFL

PETALING JAYA – Semangat tidak cepat mengaku kalah dalam diri para pemain Petaling Jaya (PJ) City FC menjadi faktor utama mereka berjaya mengikat Kedah Darul Aman FC 3-3 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Ketinggalan dua gol langsung tidak menjejaskan rentak permainan The Phoenix yang bangkit untuk mengutip satu mata berharga dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu.

Dalam aksi itu, Kedah terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Ronald Ngah Wanja pada minit ke-20 sebelum PJ City menyamakan kedudukan menerusi Darren Lok berselang sembilan minit kemudian.

Empat minit kemudian, Kedah kembali mendahului PJ City dengan gol kedua sekali lagi menerusi Ngah Wanja sebelum penyerang import dari Cameroon itu meledak hatrik pertamanya pada minit ke-65.

Ketika Kedah merasakan tiga mata sudah menjadi milik mereka, PJ City bangkit merapatkan jurang menerusi tandukan Mahalli Jasuli hasil sepakan percuma daripada Ruventhiran pada minit ke-77.

Skuad bimbingan P. Maniam itu memastikan sekurang-kurangnya satu mata berjaya diraih selepas mendapat gol penyamaan melalui jaringan penyerang gantian, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak harus menyalahkan kesilapan para pemainnya kerap memberikan sepakan percuma yang secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada PJ City untuk bangkit dalam aksi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI