fbpx

Waktu operasi pengeluaran pasport dilanjutkan sehingga 10 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee ketika bercakap pada sidang akhbar berkenaan permohonan PMA di Pejabat Pasport, Menara Ikhlas, Putrajaya hari ini.- Foto FAIZ ALIFF

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan kaunter pasport mulai 11 Mei ini bagi mengatasi isu kesesakan permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) ketika ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, lanjutan waktu operasi sehingga 10 malam itu membabitkan pejabat pengeluar pasport di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau berkata, bagi Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Perlis pula, waktu operasi adalah sehingga 6 petang.

“Kami juga menetapkan waktu operasi pejabat pengeluar pasport di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia juga dilanjutkan sehingga 10 malam.

“Semua pejabat pasport di Semenanjung Malaysia akan beroperasi pada hari Sabtu bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari bermula 14 Mei ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ujar beliau, bagi rakyat Malaysia yang akan menjalankan ibadah Haji, mereka boleh terus hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada Tabung Haji dan kaunter khas disediakan bagi tujuan ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI