fbpx

Polis kesan warga emas OKU hilang sejak kelmarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas lelaki dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak kelmarin. - IHSAN MEDIA SOSIAL

TAMPIN – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang warga emas lelaki dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, warga emas yang dikenali sebagai Abdul Halim Bachek, 60, itu, telah keluar dari rumah di Taman Clonlee, di sini, sejak 7 pagi kelmarin dan didapati tidak pulang-pulang ke rumah oleh adik lelakinya sehinggalah ke hari ini.

Menurutnya, adik warga emas berkenaan telah cuba mencari abangnya itu, namun tidak berhasil.

“Ciri-ciri fizikal warga emas berkenaan yang paling ketara ialah empat hari kaki sebelah kiri telah dipotong sakit kencing manis.

“Berdasarkan maklumat, sejak Mei tahun lalu, warga emas berkenaan telah ditempatkan di salah sebuah pusat jagaan di Seremban dan dia ada menyuarakan kepada adiknya tidak suka tinggal di pusat jagaan berkenaan kerana dikurung,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu Anuwal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga emas berkenaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4431999 @ 06-4411222 atau boleh menghubungi balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI