fbpx

Perang mercun: 6 dikenakan bon berkelakukan baik, 2 didenda RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular yang memaparkan satu kejadian sekumpulan lelaki telah melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang. - MEDIA SOSIAL

SEREMBAN – Enam lelaki yang terlibat dalam ‘perang mercun’ ala Brazil seperti yang tular di media sosial Facebook baru-baru ini dikenakan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini.

Majistret Mohd. Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas kesemua enam individu berusia antara 19 hingga 23 tahun itu membuat pengakuan bersalah.

Sementara itu, di mahkamah sama dua individu berusia 22 dan 33 tahun pula didenda RM300 selepas mengaku bersalah di bawah Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 10 lelaki ditahan polis Sabtu lalu selepas dipercayai terlibat dalam sebuah video tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu telah melakukan gaduh gempar seperti ‘Malaysia versi Brazil’ menggunakan bunga api sesama sendiri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI