fbpx

Letupan gas memasak, tiga rumah rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kerosakan di sebuah rumah akibat letupan gas memasak di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal malam tadi. Foto IHSAN BOMBA

SEBERANG PERAI – Tiga buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan apabila sebahagian dinding runtuh dalam kejadian letupan berpunca gas memasak di sebuah rumah di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.57 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, apabila bomba tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati tiga buah rumah yang setiap satu berkeluasan kira-kira 74 meter persegi mengalami kesan kemusnahan pada beberapa bahagian.

“Kesan itu seakan terkena bahan letupan di bahagian bumbang dan struktur dinding rumah yang berkemungkinan berpunca daripada kebocoran gas memasak.

“Peratusan kemusnahan pada rumah yang terlibat adalah dianggarkan kira-kira 70 peratus dan 10 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri, Phee Boon Poh terdapat sekurang-kurangnya empat penghuni dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI