fbpx

Aksi ‘spiderman’ panjat belakang lori tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi seorang lelaki memanjat belakang lori dan kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki memanjat di belakang sebuah lori menjadi tular di media sosial sejak pagi tadi.

Gayanya seperti watak adi wira ‘spiderman’ mencuri tumpuan ramai dan pada masa sama, rata-ratanya mempersoal tindakannya berbuat demikian.

“Apa benda la dia buat belakang lori, nak cuba tahap kebal diri sendiri ke macam mana,” soal Alimuddin.

Malah, ada pengguna yang curiga dengan tindakan lelaki terbabit serta mendakwa kemungkinan dia sedang cuba melarikan diri atau mempunyai masalah mental.

“Ke tengah lari dari pihak tertentu, tak larat jalan, terus redah panjat belakang lori atau adalah masalah mental dia ini, cuba siasat tengok,” ujar Khairul.

Sementara itu, di hujung rakaman yang dikongsikan portal Inforoadblock di laman Facebook, dapat dilihat lelaki terbabit terjatuh dari lori tersebut dan hampir dilanggar oleh kenderaan dari arah belakang yang dinaiki perakam.

Terbaharu, Inforoadblock sekali lagi memuat naik video memaparkan keadaan terkini lelaki berkenaan yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badannya ekoran insiden tersebut.

“Mangsa selamat, cedera di kepala, motif kejadian masih belum dapat dipastikan,” katanya menerusi ruang kapsyen di Facebook hari ini.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di jalan lama Lanchang menuju ke Karak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI