fbpx
Goh Jin Wei menyumbang satu mata buat Malaysia selepas menewaskan Line Christophersen 21-12, 11-21, 21-5 pada aksi perseorangan kedua. - BADMINTON PHOTO

Skuad Piala Uber negara tewas aksi pembukaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat skuad badminton wanita negara untuk melakar kejutan ke atas Denmark pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C Piala Uber di Bangkok, Thailand tidak terlaksana apabila tewas 2-3 sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena itu, Malaysia ketinggalan 0-1 terlebih dahulu selepas perseorangan utama, S. Kisona akur dengan kekalahan 14-21, 15-21 kepada Mia Blichfeldt.

Bagaimanapun, beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah kembali menyamakan kedudukan 1-1 apabila menampilkan aksi cukup bertenaga dengan menewaskan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dalam tempoh 42 minit.

Kemenangan itu nyata menyuntik semangat perseorangan kedua, Goh Jin Wei untuk menyumbang mata kedua Malaysia menerusi aksi tiga set 21-12, 11-21, 21-5 menewaskan Line Christophersen.

Tersentak dengan kemampuan Malaysia untuk memberikan saingan, Denmark meletakkan harapan kepada Alexandra Boje-Amalie Magelund dalam acara beregu kedua bagi memastikan mereka menyamakan kedudukan seterusnya bangkit.

Percaturan pasukan dari Eropah itu nyata membuahkan hasil apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila Boje-Magelund mudah menewaskan Teoh Mei Xing-Anna Cheong 21-14, 21-10.

Myisha Mohd. Khairul yang turun dalam aksi penentuan bagaimanapun tidak mampu untuk mengatasi kemampuan Line Kjaersfeldt apabila akur dengan kekalahan 12-21, 9-21 sekali gus menyaksikan Malaysia tewas 2-3.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI