fbpx

Perodua Myvi lawan arus di Lebuh Raya Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Myvi yang dipercayai melawan arus di Lebuhraya Persekutuan semalam.

PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu dalam keadaan melawan arus di Lebuh Raya Persekutuan di sini semalam sehingga tular dalam media sosial.

Rakaman video berdurasi 17 saat yang dikongsi pengguna Facebook, Muhammad Izzamuddin Ismam menunjukkan aliran trafik yang pada mulanya lancar sedikit terganggu dengan kehadiran Perodua Myvi tersebut yang dipandu di lorong tengah.

Kejadian yang berlaku pada waktu malam itu telah membuat ramai berang kerana tindakan tersebut nyata mengundang bahaya dalam kalangan pengguna jalan raya.

Rata-rata pengguna jalan raya yang sudah lali dengan kejadian seperti ini turut meninggalkan komen di media sosial.

“Kereta lawan arus ibarat pembunuh pemandu lain,” tulis Jawaworld Hazrin.

“Lebuh raya sekarang sudah kurang selamat, siapa yang perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna?” komen Jason Goh.

“Kenapa kerap sangat kejadian (pandu lawan arus) berlaku sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain,” ujar Fauzan Rahman.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI